gravatar

Tanggapan terhadap Pernyataan Presiden PAS dalam Muktamar PAS ke-57


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam' – isu yang menjadi duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

Bagaimanpun, parti itu akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

“Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

“Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama,” katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi, tema negara berkebajikan – yang turut terdapat dalam agama lain – juga merupakan satu persamaan yang perlu didahulukan.

"Masalah sembahyang lain, halal haram itu lainlah. Itu hak dia... Dalam masalah beramal dengan cara hidup, itu ada perbezaan yang perlu diraikan antara satu sama lain. Ini ada dalam Islam.

Malah, golongan akar umbi PAS juga mahu supaya parti itu meneruskan kerjasama dalam Pakatan, katanya lagi selepas menyampaikan ucap tama dalam muktamarnya ke-57 hari ini.

"Kita berbeza ideologi, agama tapi kita boleh bekerjasama dalam titik persamaan contohnya dalam menegakkan yang adil untuk semua bagi mengatasi masalah kemiskinan.

"Kita telah menjurus kepada polisi dan konsep yang lebih maju kita membuat resolusi dalam konvensyen di Selangor dan Pulau Pinang antaranya kita menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

"DAP terima dan semua parti terima. Dalam masa sama kita beri peluang kepada penganut-penganut lain untuk menjalani agama mererka, menerima hak istimewa orang melayu dan bumiputera, itu diterima oleh rakan rakan," katanya lagi.[malaysiakini.com, 3 juni 2011]



TANGGAPAN MIAUBOOK

sekilas tampak benar dengan apa yang dinyatakan Presiden PAS tapi pada hakikatnya adalah salah....!!!
karena Nama sebuah Sistem akan menggambarkan Bagaimana sistem tersebut harus diarahkan dan apa yang menjadi ideologi / aqidah dari sistem tersebut. jika Sistem Republik maka dasarnya adalah sekulerisme dan jika Sistem negara Islam/KHILAFAH maka jelas dasarnya adalah Aqidah Islam yang didalamnya terdapat Syariah yang murni dan kaffah.

jika PAS mengabaikan nama dan mementingkan subtansinya, maka akan sangat rentan sistem diberlakukan di negara tersebut adalah Demokrasi (yang sangat memungkinkan pencampuran antara haq dan batil). jika PAS memang mengaku berideologi Islam maka harus tegas bahwa hanya sistem Negara Islam(KHILAFAH) adalah yang Shohih dan yang lain batil.

Surah Al Israa' 81:

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

artinya:
"Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu (pasti) lenyap."


Sabda Nabi saw:

الْإِسْلَام يَعْلُو وَلَا يُعْلَى

"Islam itu tinggi, tidak diungguli." (HR Al-Bukhari dalam Fathul Bari dan riwayat Ad-Daruqutni dengan sanad hasan).


Sabda Nabi saw:

الإسلام يعلو ولا يعلى

“Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi (darinya)” (HR. Ad Daruquthni, No. 30, Al Baihaqi, As Sunan Al Kubra, 6/205. Keduanya dari ‘A’idz bin Amru Al Muzanni. Demikianlah lafaz hadits ini adalah Al Islam Ya’lu wa Laa Yu’la, tanpa  tambahan ‘Alaih. Ada pun tambahan ‘Alaih ada dalam riwayat Abu Ja’far Ath Thahawi dalam Syarh Al Ma’ani Al Aatsar No. 4869)

oleh karena itu Perjuangan seharusnyalah mengerucut pada Perjuangan DAULAH ISLAM / DAULAH KHILAFAH...bukan "sistem kebajikan" yang tidak jelas apa dasar kebajikan yang akan dibentuk dari hasil koalisi Partai Islam dan Partai Sekuler.

ingat...TAK ADA SISTEM KEBAJIKAN KECUALI HANYA SISTEM NEGARA ISLAM (SISTEM KHILAFAH).


Allohu Akbar...!!!



Photobucket

catatan-catatan

Video Streaming HTI

Kitab-kitab Gratis

Photobucket